SOALAN LAZIM

FAQ

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan lazim yang berkaitan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan seperti yang dipaparkan.

1. Bilakah iklan pengambilan IKB akan dikeluarkan pada tahun 2021?

Iklan pengambilan pelatih akan dikeluarkan April 2021 melalui akhbar utama, media sosial. Permohonan kemasukan pelatih akan dibuat secara dalam talian secara online di https://www.ikb-maiwp.edu.my/.

2. Bilakah tarikh tutup untuk setiap pengambilan?

Tarikh tutup bagi permohonan kemasukan akan turut dipaparkan di iklan permohonan. Sila hubungi Unit Hal Ehwal Pelajar di talian 03 –92830198 untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada perubahan semasa.

3. Bagaimanakah dan bila saya boleh menyemak status permohonan saya?

Status permohonan boleh disemak secara online di https://www.ikb-maiwp.edu.my/ selepas 2 minggu tarikh permohonan ditutup.

Permohonan yang tidak mendapat jawapan dua (2) bulan daripada tarikh permohonan ditutup dianggap tidak berjaya dan tiada surat-menyurat secara manual dikeluarkan.

Semua maklumat mengenai tarikh & sesi temu duga dan keputusan permohonan hanya dimaklumkan melalui secara atas talian.

4. Adakah program kemahiran IKB diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia?

Progam persijilan yang ditawarkan mendapat pentauliahan daripada agensi kerajaan iaitu Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

5. Berapakah yuran pendaftaran yang dikenakan untuk kursus pengajian di IKB?

Tiada yuran pengajian yang dikenakan kepada pelatih.

6. Bolehkah saya memohon jika kelayakan sebenar saya tidak memenuhi syarat kemasukan?

Tidak boleh. Permohonan anda tidak akan diproses.

7. Dokumen saya masih ada yang tidak lengkap dan saya belum menjalani pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya mendaftar sebagai pelatih?

Tidak boleh. Dokumen anda perlu dilengkapkan dan diserahkan kepada pihak IKB semasa sesi pendaftaran.

8. Bolehkah saya membuat pertukaran program setelah melapor diri?

Tidak boleh.

9. Adakah lepasan IKB boleh melanjutkan pelajaran?

Ya, lepasan pelatih dari IKB berpeluang untuk menyambung pengajian di institusi latihan lain yang menawarkan program berkaitan.