PERUTUSAN PENGETUA

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Perutusan Pengetua Institut Kemahiran Baitulmal

Ucapan Selamat Datang dan ribuan terima kasih saya tujukan khas kepada pengunjung-pengunjung yang sudi dan telah pun melayari Laman Web IKB.

Seiring dengan saranan kerajaan yang ingin menjadikan pendidikan kemahiran sebagai pilihan utama para belia, IKB sentiasa menambah baik segala perkhidmatan terutama aspek pendidikan teknikal dalam melahirkan tenaga kerja mahir serta memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.

Sebarang bentuk jalinan kerjasama amatlah dialu-alukan dan harapan Institut agar kita dapat bersama-sama berganding bahu dalam usaha menjadi IKB sebagai sebuah institusi kemahiran yang sentiasa unggul dan lebih cemerlang bagi melahirkan graduan kemahiran tinggi, berpengetahuan dan berdaya saing.

Saya berharap agar para pelayar laman sesawang sentiasa mendapat segala maklumat yang diinginkan melalui platform ini. Pihak pengurusan IKB sentiasa terbuka dan menerima sebarang pandangan, syor serta komen yang membina daripada semua pengguna ke arah menambah baik laman web ini untuk faedah semua.

Sekalung tahniah kepada Jawatankuasa Laman Web dan semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan laman web ini.

 Selamat Melayari Laman Web IKB.

Mohd Rodzi Bin Osman
Pengetua
Institut Kemahiran Baitulmal
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan