PENGENALAN

Pengenalan

Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP

 

Ditubuhkan pada tahun 1990 dan mula beroperasi pada tahun 1991 di Taman Maluri, Kuala Lumpur. Pada awal penubuhan IKB dikenali sebagai Pusat Latihan Fakir Miskin dan kemudiannya ditukar kepada Pusat Latihan Kemahiran Baitulmal pada tahun 1995. Sejajar dengan perkembangan kursus dan tahap persijilan yang ditawarkan, nama tersebut telah dinaiktaraf kepada Institut Kemahiran Baitulmal pada tahun 1996.

IKB merupakan sebuah institusi kemahiran di bawah Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). IKB menawarkan enam (6) bidang kemahiran bagi tempoh pengajian 2 tahun peringkat sijil bagi program Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Wanita, Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Lelaki, Perkhidmatan dan Penyajian Makanan, Kejuruteraan Elektrik, Teknologi Binaan Bangunan dan Seni Reka Grafik Komputer. Program-program ini dilaksanakan melalui sistem pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Pada tahun 2018, IKB telah menerima pelatih dari negara anggota MABIMS iaitu Brunei Darussalam. Pengambilan pelatih ini adalah hasil keputusan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) ke-42 dan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara MABIMS tahun 2017 yang bersetuju agar Malaysia menawarkan latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP kepada anak-anak asnaf dari negara-negara anggota MABIMS.

Dalam usaha memperkasakan IKB ke peringkat yang lebih tinggi seiring dengan institusi kemahiran lain di Malaysia, satu Pelan Pembangunan Pendidikan Kemahiran (PPPK-IKB) dibangunkan sebagai panduan hala tuju IKB dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Kampus yang terletak kira-kira 5 kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur ini mempunyai keluasan 3 ekar dan dilengkapi pelbagai infrastruktur sesuai sebagai sebuah institusi kemahiran.

Piagam Pelanggan

PELANGGAN IKB

 

  1. Surat tawaran kemasukan dihantar kepada pemohon 3 minggu sebelum tarikh pendaftaran.
  2. Memastikan 100% pelatih lulus dalam Peperiksaan Akhir IKB.
  3. Memastikan 50% lulus cemerlang dalam Peperiksaan Akhir IKB.
  4. Memastikan slip kelayakan menduduki peperiksaan diedarkan kepada pelatih 1 minggu sebelum minggu peperiksaan bermula.
  5. Keputusan peperiksaan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas keputusan
  6. Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC) IKB.
  7. Pelatih yang tamat pengajian akan dianugerahkan sijil kemahiran dalam tempoh tidak melebihi 6 bulan.
  8. Memastikan pelatih mengikuti program pembangunan sahsiah dan kerohanian yan diadakan setiap minggu.