FUNGSI UNIT

PENGENALAN

Bahagian Pembangunan Akademik (PA) berperanan memastikan kualiti dan pembangunan program-program akademik yang terdapat di IKB dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Bahagian ini juga bertanggungjawab memantau keseluruhan hal berkaitan dengan pembangunan akademik.
Bahagian Pembangunan Pelatih terdiri daripada 3 seksyen utama :

  1. Program – Sijil & Diploma
  2. Pentauliahan & Pengiktirafan
  3. Pentaksiran, Peperiksaan & Pensijilan

Di antara fungsi dan peranan utama PA adalah seperti berikut:

  1. Bertanggungjawab menyelaras pembangunan kurikulum, pelaksanaan pengajaran & pembelajaran dan memantau pengurusan pelaksanaan kurikulum latihan kemahiran institut.
  2. Mengurus dan melaksanakan sistem pentauliahan dan pengiktirafan dari jabatan/badan/agensi yang berkaitan mengikut bidang-bidang kursus.
  3. Merancang dan menyelaras sistem pentaksiran, peperiksaan serta penilaian peringkat dalaman dan luaran bagi semua bidang kursus.

 

PERANAN UNIT-UNIT DI BAWAH PEMBANGUNAN AKADEMIK:
  • Program Sijil & Diploma
  1. Mengurus hal yang berkaitan dengan kemudahan dan keperluan pengajaran dan pembelajaran.
  2. Menyelia dan mengawal mutu latihan yang dijalankan agar memenuhi dan menepati kurikulum dan syarat-syarat persijilan yang telah ditetapkan.
  3. Menyelaras dan menyedia pembangunan bahan latihan / panduan pembelajaran dan pengajar supaya latihan berjalan lancar dan dapat melahirkan tenaga mahir yang berketrampilan
  4. Menyelaras aktiviti naik taraf dan pembangunan program Institut.
  • Pentauliahan & Pengiktirafan
  1. Menguruskan urusan pentauliahan program yang ditawarkan oleh institusi
  2. Memastikan Pensijilan bagi kursus yang dijalankan mengikut keperluan industri untuk tujuan peningkatan kemahiran tenaga kerja sedia ada
  3. Memastikan perlaksanaan latihan kemahiran mengikut standard agensi pentauliahan seperti JPK, ST dan CIDB
  4. Pembaharuan perakuan program kemahiran bertauliah
  5. Menyelaras lawatan verifikasi pentauliahan panel penilai agensi pentauliahan yang berkaitan
  6. Menyelaras permohonan perakuan pengiktirafan personel agensi pentauliahan yang berkaitan
  7. Menguruskan pembangunan latihan personel agensi pentauliahan yang berkaitan
  8. Pengemaskinian maklumat pengiktirafan & pentauliahan dalam sistem agensi pentauliahan yang berkaitan
  • Pentaksiran, Peperiksaan & Pensijilan
  1. Menyelaras, menyelia dan memantau pengurusan berkaitan pentaksiran, peperiksaan dan pensijilan (dalaman & luaran)
  2. Menyelaras dan menguruskan hal-hal berkaitan peperiksaan akhir seperti jadual peperiksaan, lawatan verifikasi & peperiksaan akhir, keputusan peperiksaan dan urusan persijilan
  3. Menguruskan kerja-kerja melibatkan urusan bank soalan, kemaskini data-data pelatih dan urusan berkaitan sebelum dan selepas peperiksaan
  4. Menyelaras dan menguruskan sistem perekodan bagi peperiksaan terlibat serta endorsan kertas peperiksaan dan keputusan akhir pelatih
  5. Memastikan jaminan kualiti pensijilan mengikut standard yang ditetapkan oleh agensi pensijilan berkaitan
PENGENALAN PEMBANGUNAN PELATIH

Bahagian Pembangunan Pelatih (PP) berperanan melancarkan pengurusan dan aktiviti pelatih sebagai pelengkap kepada pembangunan akademik secara berterusan bagi membolehkan pelatih mempamerkan potensi diri, lebih kreatif dan berkeyakinan tinggi ke arah mewujudkan keseimbangan secara harmoni dari segi intelektual.

Bahagian Pembangunan Pelatih terdiri daripada 6 seksyen utama :

  1. Pengambilan dan pendaftaran pelatih
  2. Pembangunan sahsiah
  3. Disiplin dan tatatertib
  4. Hubungan strategik
  5. Komunikasi dan korporat
  6. I-skillpreneur

Di antara fungsi dan peranan utama PP adalah seperti berikut:

  1. Merancang dan melaksana pengurusan pengambilan dan rekod pelatih dilaksanakan mengikut prosedur
  2. Merancang, mengkaji dan melaksana program dan aktiviti sahsiah pelatih
  3. Menyelaraskan tindakan dan menguruskan hal berkaitan salah laku pelatih
  4. Merancang dan melaksana hubungan strategik dan jaringan kolaborasi dengan agensi luar dan komuniti setempat
  5. Merancang dan memperluaskan promosi IKB ke arah memperkukuhkan imej institusi
  6. Merancang dan menyelaras keperluan i-skillpreneur sebagai latihan dalaman (inhouse training) menjadi usahawan
PERANAN
  1. Mengurus hal yang berkaitan dengan pembangunan pelatih dalam mengendalikan rekod pelatih menyedia program pembangunan sahsiah meliputi aspek kerohanian, motivasi dan kerjaya, mengawal disiplin pelatih, menyedia dan menyelia program ko–kurikulum pelatih, Majlis Perwakilan Pelatih (MPP), mengendali kebajikan pelatih meliputi kemudahan asrama, pengurusan makan minum, pengangkutan, aduan, masalah dan lain-lain yang berkaitan dengan pelatih IKB
  2. Bertanggungjawab menyelaras proses pengambilan pelatih melibatkan temuduga, penawaran dan pendaftaran pelatih
  3. Menyelaras dan menguruskan pembangunan pelatih meliputi hubungan strategik industri, pengurusan komunikasi korporat dan juga latihan inkubator pelatih menerusi program i-SKILLpreneur
TANGGUNGJAWAB

Bahagian Pembangunan Pelatih bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan sokongan khususnya dalam aspek:

  • Pengambilan dan pendaftaran pelatih
  1. Menyediakan Takwim Latihan Tahunan.
  2. Menguruskan, menyelia pengambilan dan pendaftaran pelatih.
  3. Menyelaras Minggu Silaturahim pelatih baharu.
  4. Menyediakan rekod, laporan dan statistik pengambilan pelatih.
  5. Menyelaras dan mengendalikan urusan pengambilan, penangguhan, berhenti pengajian, kad matrik dan mengemaskini maklumat pelatih.
  • Pembangunan Sahsiah
    Unit yang merangkumi bahagian pembangunan sahsiah adalah:
  • Kerohanian
    Menyediakan dan melaksanakan program berbentuk kerohanian dengan memberi penekanan kepada konsep akidah, amalan dan penghayatan terhadap agama.

 

  • Motivasi & Kerjaya
  1. Melaksanakan program berbentuk latihan bina diri dan motivasi kepimpinan untuk memupuk semangat patriotisme kepada pelatih.
  2. Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada pelatih.
  3. Meningkatkan kemahiran pelatih dalam aspek kerjaya.
  • Sukan, MPP & Gerko
  1. Mengurus, menyedia dan menyelia keperluan dan aktiviti sukan sepanjang tahun.
  2. Menyelia dan mengurus Majlis Perwakilan Pelatih.
  3. Mengurus gerak kerja ko-kurikulum (Briged Bomba) pelatih.
  • Disiplin & Tatatertib
  1. Mengawalselia dan menguruskan hal berkaitan disiplin pelatih.
  2. Menguatkuasakan peraturan seperti yang terkandung dalam buku Peraturan
  3. Disiplin Dan Tatatertib IKB.
  • Hubungan Strategik
  1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti jaringan dan kolaborasi dengan pelbagai agensi, Institusi Kemahiran/IPTA(S), industri dan komuniti setempat seperti:
  2. Bootcamp

Program kerjasama IKB dengan pihak industri dan agensi luar.

  • Latihan Kerja Industri
  1. Mengurus dan menyelaras penempatan pelatih IKB untuk menjalani latihan kerja industri dalam tempoh 3-6 bulan.
  • Kursus Jangka Pendek
  1. Menguruskan kursus yang ditawarkan oleh IKB atau agensi luar bagi tujuan meningkatkan kemahiran kepada golongan bersasar.
  • Komunikasi dan Korporat
  1. Merancang aktiviti promosi dan pemasaran program-program latihan di media massa dan di pelbagai agensi serta menguruskan sistem pengesanan graduan.
  2. Promosi dan Penerbitan
  3. Menyelaras penyebaran maklumat dalam/luar institut dan sebarang bentuk penerbitan bagi tujuan pemasaran serta promosi.
  4. Menyediakan maklumat bagi tujuan penerbitan dan pemasaran.
  5. Lawatan dan Alumni
  6. Menguruskan lawatan di agensi kerajaan, swasta dan luar negara
  7. Mewujud dan mengurus rangkaian perhubungan dan aktiviti Alumni IKB untuk menjalinkan perhubungan kedua pihak.
  • i-SKILLpreneur
  1. Menguruskan hal berkaitan dengan pengambilan pelatih inkubator dan memberi bimbingan untuk menyokong aktiviti keusahawanan dalam perniagaan meliputi kemahiran mengaplikasikan teknologi terkini.
  2. Membangunkan modul teknousahawan bagi program ini dalam melahirkan usahawan teknikal yang trampil dan berkualiti dalam dunia perniagaan.
  3. Menguruskan penubuhan syarikat ‘spin-off’ yang diuruskan dan dimiliki oleh peserta inkubator.
PENGENALAN PENGURUSAN PENTADBIRAN

Bahagian Pengurusan Pentadbiran berperanan dalam hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan umum Institut merangkumi pentadbiran pejabat dan kakitangan, pengawalan stor dan set, pemeliharaan kenderaan dan bangunan perkhidmatan, penilaian prestasi, perbelanjaan dan hal lain yang berkaitan.

Bahagian Pengurusan Pentadbiran terdiri daripada 4 seksyen utama :

  • Pentadbiran & Kewangan
  1. Pentadbiran Am
  2. Fail dan rekod pelatih
  3. Stor dan aset
  4. Keurusetiaan
  5. Perolehan dan Kewangan
  • Teknologi Maklumat
  1. Pembangunan Sistem
  2. Selenggaraan dan Rangkaian
  • Perpustakaan
  1. Menguruskan bahan bacaan, rujukan pelatih dan aktiviti perpustakaan.
  • Senggaraan, Keselamatan dan Persekitaran
  1. Mengurus dan menyelia pelaksanaan aktiviti pembangunan dan penyelenggaraan aset bagi semua kemudahan dan infrastruktur di Institut