I-SKILLPRENEUR

PENGENALAN
Unit ini bertanggungjawab untuk mengadakan program keusahawanan sebagai satu nilai tambah kepada pelatih IKB untuk menimba pengalaman dan kemahiran sebelum menceburkan diri dalam dunia perniagaan yang mencabar. Ia juga dapat membuka ruang dan peluang kepada pelatih untuk memulakan perniagaan melalui bimbingan secara tersusun bagi menjamin keberkesanan program yang ditawarkan.
Program keusahawanan ini merangkumi aspek spiritual, pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan, pengurusan operasi, pemasaran serta teknologi maklumat dan komunikasi. Outcome Program (Sasaran) iaitu pelatih yang berjaya melalui program ini akan menjadi duta mempromosi IKB kepada masyarakat umum.
FUNGSI
2.1 Menyediakan program latihan keusahawanan terkini yang menepati kehendak industri dan pasaran semasa.
2.2 Mendapatkan khidmat pemudahcara yang berkelayakan dan berpengalaman terdiri daripada pakar industri, ahli akademik dan syarikat korporat bagi program-program keusahawanan yang dianjurkan dan dalam membangunkan modul teknousahawan.
2.3 Memberi pendedahan dan bimbingan untuk menyokong aktiviti keusahawanan.
2.4 Mengadakan kolaborasi dengan industri dan agensi kerajaan berkaitan program keusahawanan.
2.5 Bagi program inkubator, unit ini perlu menyediakan;
i. Tempat latihan inkubator untuk memulakan perniagaan.
ii. Menguruskan hal berkaitan dengan pengambilan peserta inkubator.
iii. Memberi bimbingan dan nasihat mengenai perniagaan yang diuruskan dan dimiliki oleh peserta inkubator.
iv. Mengurus dan menyelaras hal berkaitan dengan pemasaran dan tempahan perkhidmatan yang dihasilkan.
SKOP
3.1 Program Pemantapan Keusahawanan
Peserta terdiri daripada pelatih IKB program Sijil, DKM dan Inkubator.
3.2 Inkubator IKB
Peserta terdiri daripada lepasan pelatih IKB peringkat sijil.
3.3 Kelab UiSP
Cadangan ahli kelab terdiri daripada kakitangan, tenaga pengajar dan pelatih-pelatih IKB.
KATEGORI PRODUK MENGIKUT PROGRAM
4.1 Kejuruteraan Elektrik
Penyelengaraan penghawa dingin
4.2 Perkhidmatan dan Pengajian Makanan
Kuih raya, pastri , bakeri, katering
4.3 Rekaan Fesyen dan Pakaian
Tempahan produk jahitan (pakaian & kraf)
4.4 Seni Grafik Komputer
Design label, sticker, photobook
4.5 Teknologi Binaan Bangunan
Cat, wallpaper, wainscoting, minor renovation (tile&plaster), minor maintenance dan perabot
PENUTUP
Secara keseluruhannya, unit ini berfungsi untuk memastikan proses pembudayaan dan pemantapan keusahawanan di kalangan pelatih IKB dapat dijalankan dengan teratur dan sistematik. Secara tidak langsung ia akan mendorong para pelatih untuk menceburi bidang keusahawanan dalam tempoh pengajian hingga tamat pengajian. Justeru itu, objektif IKB untuk melahirkan usahawan dalam bidang kemahiran akan tercapai.