PENGISIAN MYSPIKE BAGI PELATIH TAHUN AKHIR

 

 

7 Oktober 2021 – Unit Komunikasi dan Korporat IKB telah menjalankan sesi tutorial mendaftar MYSPIKE kepada pelatih tahun akhir IKB sebelum  mereka menamatkan pengajian. Tujuan sesi ini dijalankan bagi memberi panduan kepada pelatih bagi mendaftar dan memasukkan maklumat diri yang diperlukan.

Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia atau secara ringkasnya MySPIKE merupakan sistem pangkalan data berpusat yang dibangunkan untuk meningkatkan sistem penyampaian dan pengurusan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM). Ia terdiri daripada ,modul-modul Pentaulihan Program, Pendaftaran Pelajar, Perakuan Personel, Verifikasi dan Penilaian Bukan Kredit. Kemudian dikembangkan fungsi Pentauliahan dan Verifikasi yang memenuhi Penilaian Kredit Berasaskan Competency Unit (CU) dan Penilaian Kredit Berasaskan Modul.