7 Januari 2021 – Dalam usaha memacu kecemerlangan pendidikan kemahiran IKB, mesyuarat hari ini tertumpu kepada pembentangan dan pemurniaan Silibus Pengajian Umum meliputi Subjek Keusahawanan, Komputer, Bahasa Inggeris dan Pengajian Agama Islam.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Mohd Fauzi bin Abidin selaku Pengurus Bahagian Pembangunan Insan (BPI) MAIWP. Turut hadir En. Mohd Rodzi bin Osman, Pengetua IKB serta semua Ketua Unit Kursus.Objektif pembentangan ini bagi mengkoordinasikan dan memantapkan sistem kurikulum dan penilaian yang dilaksanakan di IKB. Disamping itu juga pelantikan Jawatankuasa Penasihat Teknikal dan Akademik (Technical Advisor Commitee/TAC) dan panel TVET dilihat dapat menambahbaik kualiti kurikulum yang dibangunkan agar setara dengan institusi lain.Pelaksaan ini juga digubal mengikut kehendak industri bagi menyediakan pelajar berdasarkan kehendak pasaran kini serta memastikan kurikulum subjek Pengajian Umum mempunyai kualiti dalam melahirkan pelajar yang boleh memasuki pasaran kerja dan keusahawanan.Moga usaha murni ini akan terlaksana dengan jayanya demi pembangunan kemahiran yang dilaksanakan oleh IKB.